Thursday, April 16, 2009

Soalan Pencetus Perubahan Bahagian 1

Soalan Pencetus Perubahan Bahagian 1
SOALAN PENCETUS PERUBAHAN ? By :Mohd Mustaqiim Asmuji, C.NLP.CHt(Firm NLP Master Practitioner NFNLP-USA)(Firm Hypnotherapist Practitioner, IACT-USA)Tel : 019-2044036PUAN SUZIANA MARNI, KAUNSELOR SEKOLAH SKTP, JOHOR(PELAJAR KELAS Private Directive NLP)

Salam kehebatan dan kejayaan dari saya untuk anda. Bagaimana dengan keadaan minda anda tatkala membaca petikan kata-kata diatas ? Apakah anda dapat merasakan bahawa ilmu yang Allah s.w.t anugerahkan ini mempunyai "nilai" yang "tinggi" pada kehidupan anda seperti yang terjadi kepada pelajar kelas NLP diatas ? Apakah anda pernah mendengar perkataan NLP (Neuro Linguistic Cryptogram) ? Satu ilmu sains perkembangan potensi diri manusia yang agak kurang dikenali khususnya dalam masyarakat kita.

Sejak kebelakangan ini, ramai orang bertanya pada saya berkaitan ilmu NLP. Macam-macam tafsiran yang dibuat berkaitan dengan ilmu ini. Saya sudah menjalani pelatihan NLP ini sejak tahun 2009 hingga sekarang. Pelbagai reaksi dan maklumbalas saya dapat berkaitan NLP. Hinggakan ramai dikalangan mereka ada yang menyangka bahawa ilmu ini adalah ilmu "MEMUKAU"orang tatkala berkomunikasi. Ada juga yang beranggapan bahawa ilmu yang dipelajari ini adalah berkaitan "PSIKOLOGI"diri manusia. Tak kurang lebih ada yang mengatakan, "Awak tak perlu belajar berkaitan ilmu ini. Ilmu ni tak boleh memberikan apa-apa manfaat pun pada diri awak dan orang sekeliling. Ada ke NLP dalam Islam ? Ada ke fatwa berkaitan mempelajari ilmu ini ?"

Dan mungkin anda adalah salah seorang yang mahu ajukan soalan pada saya juga kan ? Apa itu NLP? Kerana apa ianya dinamakan NLP ? Bagaimana ianya boleh timbul ? Siapa pengasas ilmu ini? Bila ianya tercipta ? Berkemungkinan besar, soalan-soalan ini timbul pada pemikiran anda kan ? Ok. Rilekskan diri anda dan mulai saat ini anda fokus terhadap apa yang dibaca dalam ruangan taakul kali ini. BAGAIMANA ILMU INI TERCETUS ?

Richard Bandler, Tokoh Pembangun Ilmu NLP

NLP tercetus pada tahun 1970-an di Universiti Santa Cruz, California USA. Kerana apa ? Kerana seorang mahasiswa jurusan komputer bernama Richard Bandler berminat dengan kerja-kerja ahli terapi dan psikologi. Dia berminat mengetahui bagaimana seseorang itu boleh berjaya manakala seseorang yang lain pula tidak boleh berjaya.

Maka, beliau memulakan kajian keatas tokoh komunikasi terhebat dunia dalam bidang terapi iaitu Fritz Pearls, pakar gelstalt heal, Virgina Satir ahli terapi kekeluargaan dan Milton H. Erickson seorang pakar dalam bidang Hipnoterapi.

Apa yang mengejutkan beliau adalah, bagaimana ahli-ahli terapi ini berjaya mengubah minda dan kelakuan seseorang hanya melalui "bahasanya" sahaja. Maka, dia memerhatikan bagaimana ketiga-tiga tokoh komunikasi ini menggunakan terapi mereka bagi mengubah minda dan kelakuan kliennya. Apa yang menakjubkan beliau adalah semacam ada "corak-corak" bahasa yang dapat mempengaruhi minda dan kelakuan klien mereka.

Beliau dapat merakamkan corak-corak bahasa yang digunakan oleh ahli terapi itu, maka dia memutuskan bahawa kajian ini perlu dibantu oleh seorang yang pakar dalam bidang "Linguistik". Apa yang Richard Bandler lakukan ? Beliau berjumpa dengan seorang profesor dari Jabatan Linguistik iaitu Dr John Hatchet. Richard Bandler menyerahkan beberapa pita rakaman ahli terapi tersohor itu untuk dibuat kajian oleh Dr John Hatchet. Setelah dibuat kajian keatas pita rakaman tersebut, maka Dr John Hatchet mendapati bahawa ada beberapa "corak-corak" bahasa yang amat mempengaruhi minda dan kelakuan seseorang.

Dr John Hatchet,

Profesor Jabatan Linguistic Universiti Santa Cruz.

Apa lagi, mereka berdua memulakan proses "MODELLING" keatas klien mereka. Apa yang mengujakan adalah "kesan corak-corak bahasa" yang mereka berdua gunakan sama dengan hasil yang dibuat oleh pakar-pakar terapi yang mereka temui itu hingga mereka dapat membuat kesimpulan ini adalah sesuatu yang MAGIK. Mereka mula memodelkan kepada pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Setelah mereka berdua berbincang lama berkaitan penemuan ini, maka mereka memutuskan untuk memberikan nama pada penemuan ini iaitu Neuro Linguistic Cryptogram (NLP).

SIAPA YANG MENGENALKAN ISTILAH NLP ?

Istilah Neuro Linguistic Cryptogram diperkenalkan oleh Alfred Habdank Skarbek Korzybaski. NLP adalah beberapa cabang disiplin ilmu seperti neurologi psikologi, linguistik, "cybernatics" dan teori sistem. Komponen pada istilah Neuro Linguistic Cryptogram memerikan dengan baik apa yang merangkumi mengenai sains yang kurang dikenali ini.

Mungkin anda masih lagi tertanya-tanya, apakah sebenarnya NLP ini ? NLP adalah ilmu berkaitan seni kecemerlangan diri manusia yang berkait rapat dengan soal bagaimana manusia berfikir, merasai apa yang difikirkan dan seterusnya mencipta strategi tertentu bagi mencapai hasil yang luar biasa.

Hingga sekarang, NLP telah memberikan manfaat pada ramai orang secara meluas untuk mencapai HASIL dan keunggulan DIRI dipelbagai bidang yang diceburi. Di luar negara mereka yang menggunakan NLP bagi mencapai kejayaan dalam hidup adalah Anthony Robbins, Michael Jordan, Tiger Coppice, Andre Agassi, Safety test Clinton, Noble Diana, Nelson Mandela,Barack Obama dan sebagainya. Manakala di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad, telah menggunakan prinsip-prinsip NLP tatkala beliau menjadi pemimpin negara dan sebuah buku telah terbit mengupas berkaitan 'cara berfikir' beliau. Buku ini diberi nama "HOW TO Consider Intend MAHATHIR By the use of NEURO LINGUISTIC Cryptogram (NLP)".

Maka, dalam perbincangan kali ini, saya ingin membawa pada anda bagaimana soalan-soalan yang sering diajukan oleh kebanyakkan mereka yang menghadiri siri pelatihan berdasarkan NLP dijawab melalui kaedah Neuro Linguistic Cryptogram (NLP). Sudahkah anda bersedia untuk mengetahuinya ? Mari kita lihat, rasa dan dengar segala jawapan yang diberikan oleh Nlper anda berdasarkan persoalan-persoalan dari insan luar biasa. Segala jawapan yang diberikan adalah bersifat regular dan digarap melalui kaedah-kaedah ilmu sains psikologi NLP....BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN KE-2


0 comments:

Post a Comment